Kelas Microsoft Words & Advokasi KDB
2 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada surirumah yang pernah hadir pada bulan lepas. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.
Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan Microsoft lebih mendalam lagi. Pada kelas kali ini peserta telah belajar menggunakan Microsoft Words dengan membuat biodata diri yang ringkas.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai Kesahihan Maklumat. Peserta telah diberi penerangan ringkas mengenai Fitnah Online. Fitnah adalah sesuatu tindakan yang menjatuhkan reputasi seseorang melalui apa yang ditulis atau diperkatakan. Fitnah Online/Siber boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Ia boleh berlaku di dalam laman social seperti Facebook, Twitter, Blog atau sebarang platform di alam maya. Melemparkan fitnah kepada seseorang boleh menyebabkan anda berada dalam bahaya. Fitnah anda boleh dirakam dan disimpan dan berada di dalam talian selama-lamanya. Oleh itu, peserta telah dididik untuk mengelakkan diri daripada membuat fitnah online/siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: